Wednesday, 30 December 2015

10 sebab kenapa aku suka layan drama korea

 
Hai, hari ni nak update pasal kenapa aku suka menonton drama korea? kenapa huh? apa yang bestnya cerita korea ni? kenapa ramai sangat orang minat korea? ada yang akan cakap minat korea sebab orang korea cantik-cantik dan hensem-hensem . ada yang akan cakap minat running man je . ada jugak yang akan cakap minat lagu-lagu korea atau fesyen diaorang dan banyak lagi. Bagi aku, semuanya aku minat tapi ikut kesesuaian la . Sekadar minat sahaja dan suka-suka . Dulu aku start minat tengok running man je tapi bila lama-lama aku start minat lagu diaorang then berpindah kepada drama lakonan diaorang. Bagi orang yang minat korea akan cakap best , bagi yang tak minat akan kutuk macam-macam la. By the way, setiap sesuatu pasti akan ada baik dan buruknya. Jadi bila aku menonton drama korea aku akan ambil positif, yang negatif tolak tepi. abaikan je!



Kenapa aku suka menonton drama korea? ni jawapan dia..



Dapat mengetahui tentang sesuatu perkara seperti dunia pekerjaan

Dalam drama korea pasti akan menceritakan tentang dunia pekerjaan. Sebagai contoh, dalam drama Pinocchio menceritakan tentang kerjaya wartawan manakala dalam drama I Can Hear Your Voice menceritakan tentang kerjaya seorang peguam. Hal ini dapat menggambarkan sedikit sebanyak informasi tentang sesuatu kerjaya. Contoh kerjaya lain seperti doktor, usahawan, peladang, polis dan lain-lain. Cerita mengenai kerjaya ini dapat membuka minat dan minda seseorang terhadap sesuatu kerjaya yang ingin diceburi.

Tidak mempunyai banyak episod

Kebanyakan drama korea yang aku tengok mesti episod dia tak banyak dan jalan cerita dia pun tak berjela-jela . habis kuat pun ada 21 episod , 20 episod atau 16 episod je . Jalan cerita dia pun best .  Aku tak suka drama yang episod dia sampai berpuluh-puluh, beratus-ratus . Bagi aku bila banyak sangat episod jalan cerita dia akan semakin mengarut dan terpesong . Biar episod tak banyak asalkan cerita tu ada pengajaran . Bagi aku yang jenis suka download ofcourse la tak suka episod banyak-banyak . jenuh pulak nak download , hahaha .


jalan cerita yang menarik dan tidak membosankan

Kebanyakan drama korea yang aku tengok mesti best-best sebab jalan cerita dia menarik dan penuh adventure . Jalan cerita dia yang diselitkan dengan emosi, suspen, misteri dan lain-lain membuatkan drama tersebut tidak bosan untuk ditonton . Seolah-olah kita pulak yang sedang jadi watak utama . over lebih . hahaha

 dapat mempelajari bahasa korea

Bagi sesiapa yang minat nak belajar bahasa korea bolehlah layan drama korea. At least boleh biasakan diri dengan mendengar cara percakapan dan sebutan dalam bahasa korea.

 meningkatkan kefahaman dalam mempelajari bahasa inggeris melalui subtitlenya

Kalau tengok drama atau movie luar negara, aku mesti kena tengok yang ada subtitle sebab aku tak faham bahasa lain. At least bila ada subtitle dalam english boleh jugak faham jalan cerita. Faham jugaklah apa dia cakap. Aku tak kata yang english sub diaorang semua 100% betul. Tapi at least boleh perbaiki grammar dan kefahaman kita dalam bahasa inggeris. So kalau baca subtitle yang guna perkataan yang kita tak faham kita boleh cari maksud dia. Dari situ kita dah belajar benda baru even sikit.

 menyuntik semangat dan motivasi untuk belajar

Aku tak nafikan bila aku tengok drama korea yang cerita bab-bab study and belajar, aku pun terpengaruh nak jadi rajin belajar. Naik jugaklah mood aku nak study masa aku belajar form 6. Kebanyakan drama korea selalu tunjuk tentang betapa pentingnya study dan dapat result cemerlang. Mungkin orang korea utamakan pencapaian dalam belajar termasuklah kita kan? So, sambil layan drama boleh tingkatkan mood nak belajar. Tapi aku tak jaminlah mood tu akan berterusan. Sekurang-kurangnya boleh jugak ada mood nak belajar. Apa yang penting usaha dan tak berputus asa!

 mengenal pasti nilai-nilai murni dan pengajaran yang ditonjolkan dalam drama

Bagi aku, semua drama atau movie pasti akan terselit nilai-nilai murni atau pengajaran yang ingin disampaikan kepada audiens. Betul tak? Sama jugak bila aku layan drama korea terutama pasal friendship dengan family. Contohnya drama Sassy go go atau dipanggil Cheers Up yang menceritakan tentang persahabatan walaupun berbeza kebolehan dan mempunyai masalah masing-masing. Dalam drama I Can Hear Your Voice pulak menunjukkan bahawa sikap dan perasaan dendam kepada orang lain hanya mengundang masalah kepada diri sendiri dan dendam juga tidak sepatutnya dipendam. Sebaliknya belajar memaafkan kesalahan orang lain dan menerima sesuatu dengan hati yang terbuka.

 dapat mengetahui budaya luar

Bila kita menonton drama atau movie luar, kita boleh mempelajari budaya dan sejarah mereka. Dari situ kita dapat tahu tentang cara pemakaian mereka ketika zaman Joseon Era dan kehidupan mereka yang berbeza daripada kita. Dapat jugak pengetahuan selain daripada kita pergi melancong ke luar negara. Dari segi makanan, cara masakan dan pakaian juga dapat diketahui melalui tontonan drama atau movie mereka.

 Meningkatkan amalan suka membaca untuk menambah pengetahuan

Kebanyakan dalam drama korea akan menunjukkan part mereka ketika membaca atau pergi ke library. Hal ini membuktikan mereka suka membaca untuk mengetahui tentang sesuatu perkara even dalam study. Bagi sesiapa yang tak suka membaca atau kurang minat membaca bolehlah tingkat minat nak membaca. Bagi aku membaca ni memang best daripada menghafal. Bila kita baca benda yang kita suka atau benda yang kita minat nak tahu, automatik otak kita senang nak ingat berbanding kita paksa otak kita baca untuk hafal benda yang kita tak suka semata-mata nak jawab exam terutamanya. Betul tak?

 menceritakan tentang sesuatu isu atau isu semasa

Pendek kata, setiap drama korea yang aku tengok akan cerita isu yang berbeza seperti gempa bumi, buli, penculikan, penyakit, pembunuhan, fesyen pakaian, pembedahan, persahabatan dan lain-lain. Contohnya drama korea yang aku tengok;

D-Day=gempa bumi, pembedahan, hospital dan kerjaya doktor
Hyde, Jekyll and Me and Pinocchio=penyakit (ada sikit perubahan daripada penyakit asal)
Doctor Stranger=pembedahan , doktor
I Can Hear Your Voice=kerjaya peguam
Pinocchio=kerjaya wartawan
She was pretty=majalah, editor, fesyen pakaian
Who are you:school 2015= kes buli

dan lain-lain...

So, inilah pendapat aku tentang 10 sebab kenapa aku layan drama korea. This is just my opinion. Bagi aku tonton drama atau movie daripada mana pun still sama jugak reasons dia macam di atas. Just ambil yang positif dan tolakkan yang negatif!

dont simply judge people. Lain orang lain minatnya. Biarlah seseorang tu nak minat apa pun sebab tu minat dia. Kita bukan sesiapa nak halang minat dia asalkan kita pandai memanfaatkan minat kita ke arah yang lebih baik.

Thank you for reading!

No comments: