Thursday 24 August 2017

SIKAP MANUSIA TERHADAP PENGGUNAAN TANDAS AWAM

 
Anda pernah guna tandas awam? Of course dan semestinya anda pernah menjadi pengguna tandas awam. Rata-rata sikap manusia amat kurang rasa tanggungjawab terhadap sesuatu perkara. Contoh ringkas kita boleh ambil adalah melalui penggunaan tandas awam.
google images


Kebanyakan sikap manusia ini lebih suka menganggap tandas awam itu adalah hak milik awam dan bukan tanggungjawab dia untuk mengambil tahu dan menjaga kebersihan tandas awam tersebut. Semestinya anda berfikiran begitu kerana anda tidak dibayar walau sesen pun untuk mencuci dan menjaga kebersihan tandas.

Oleh sebab sesetengah perangai manusia yang sedemikianlah, kebanyakan tandas kini perlu dibayar sekiranya anda ingin menggunakan tandas. Kenapa kena bayar? 20 sen? 30 sen? Masuk tandas pun nak kena bayar ke?

Semestinya. Fikir secara rasional.

Sebab awak tak bertanggungjawab untuk mencuci dan membersihkan tandas tersebutlah, mereka mengambil inisiatif ini. Nak tandas bersih, cantik dan elok kena bayar dulu. Sebab tandas tersebut dijaga dan sebarang kerosakan ditanggung dengan hasil bayaran tersebut.

So sekiranya semua orang mempunyai rasa tanggungjawab. Pasti tandas kita lebih bersih, cantik dan elok setanding negara jepun. Mereka amat mementingkan kebersihan dan kecantikan. 

google images
Pesanan untuk semua, janganlah buang tisu, sampah, pampers, pad dan sebagainya ke dalam sinki mahupun lubang tandas. Sendiri tahu kan benda-benda ni akan sumbatkan lubang tandas dan sinki. Bila tersumbat mulalah complain sana sini. 

Air juga tak dapat nak mengalir dengan baik sekiranya tersumbat dan kadang-kadang sampai melimpah keluar. So, please jangan buang apa-apa dalam sinki atau lubang tandas kecuali benda-benda yang sepatutnya dibuang di tempatnya.

Pastikan sebelum dan selepas guna tandas bersihkan sikit dengan air. Bak kata orang kedah, cuak sikit la dengan aiyaq tu. At least tak ada la kekotoran atau bau yang kuat. Kadang-kadang sampai orang lain nak guna pun tak jadi nak guna. Sampah merata-rata, tandas tersumbat, Bau yang kurang menyenangkan. Sendiri guna sendiri settlekan.

Rasanya tak perlu nak diterangkan lagi bab kebersihan ni sebab semua orang PERLU tahu menjaga kebersihan. Perkara yang simple dan basic.

Jangan rosakkan kemudahan tandas yang disediakan.

Dah bagi guna, gunalah dengan baik. Jangan nak jadi gengster rosakkan habis pintu, paip, pili dan sebagainya. Vandalisme dalam tandas memang tak dapat dielakkan. Rasanya dia perasan tulisan dia cantik or tersangatlah bosan sampai tangan tu gatal sangat nak conteng kat cermin, dinding atau pintu tandas. Aduhh, sadis manusia attitude macam ni. Tak pandai langsung nak hargai kemudahan orang dah bagi guna.

Mentaliti manusia terhadap tandas tak pernah berubah. 

"Alaaa, bukan aku kena cuci pun. Biar jelah!"

"Takpe. Nanti ada orang tolong cuci."

"Alaa kotor sikit je. Nanti pandai-pandailah depa cuci."

See.. Kalau nak jadi negara maju, mentaliti tu please jangan jadi mentaliti orang kelas ketiga or bawahan. Berubahlah. Bertanggungjawab sikit. Kalau semua orang sama-sama jaga kebersihan tandas, tak buang sampah, tak biarkan najis bersepah sana sini, cuci sebelum dan selepas guna, tidakkah tandas kita sentiasa terjaga? Tak perlulah nak upah orang sana sini untuk jaga tandas 24 jam. Tak perlu nak bazirkan masa cuci dan bersihkan tandas berkali-kali dalam sehari. Tak malu ke kalau orang luar atau pelancong datang tempat kita yang kotor?

Kalau korang tak nak kerja sebagai pencuci tandas awam tak payahlah nak kotorkan tandas. Mudahkan kerja orang lain.

Kalau misalnya budak-budak yang kotorkan, takkan tak ada orang yang dewasa, kakak, abang, mak, ayah, pakcik, makcik, tolong tengokkan budak-budak tu. Uruskan hal mereka. Sendiri fikirlah sebab sikap manusia ni susah nak ubah kalau bukan diri sendiri.

google images
Seterusnya, Jangan merokok di dalam tandas. Hal ini sering terjadi kepada tandas lelaki. Tandas lelaki selalunya yang paling kotor, penuh sampah tambah-tambah puntung rokok dan kotak rokok. Anda dah menyusahkan orang lain dengan asap rokok yang boleh menjejaskan kesihatan so please jangan menyusahkan orang lain dengan attitude anda yang tak pandai buang sampah tu ye. Behave more.

Tak kisahlah kaya ke miskin ke sederhana ke, attitude manusia semua berbeza-beza.

So, kalau boleh janganlah kaya dengan harta semata-mata, kayalah dengan nilai-nilai murni, kaya dengan iman, kaya dengan sikap BERTANGGUNGJAWAB.

A simple thing just need a small responsible on it to handle. If you don't have that attitude, please don't ever use.
 
google images

1 comment:

Nurina Izzati said...

oh tandas berkualiti~
oh hidup berkualiti~
haha