Wednesday 23 August 2017

TIPS PERSEDIAAN UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

 
Sudahkah anda bersedia untuk memasuki alam pengajian di universiti/politeknik/ institusi pengajian tinggi? 



Apakah tips-tips yang dapat dikongsikan untuk bakal-bakal pelajar baru bagi membuat persediaan memasuki ke alam universiti atau institusi pengajian tinggi?

Di sini terdapat sikit perkongsian untuk anda terutamanya anda yang tidak lama lagi bergelar pelajar universiti. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada yang berjaya mendapat tawaran dan menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Bagi yang tidak berjaya, jangan terlalu bersedih dan kecewa sampai rasa nak give up. Mungkin belum ada rezeki untuk anda dan teruskan berusaha!

Okay, dah berjaya dapat tawaran sambung belajar kan?

So, baca semua maklumat yang tertulis dalam surat tawaran tersebut dengan teliti. Take note setiap maklumat penting dan pastikan print out surat tawaran sebanyak yang boleh untuk simpanan anda. Dah selesai baca dan take note, mark dekat kalendar, diari atau jurnal sebagai peringatan. Contohnya, tarikh dan tempat pendaftaran.

Pastikan ikut arahan yang diberitahu dan sekiranya ada panduan untuk pelajar baru disediakan, Sila baca panduan tersebut untuk mengetahui maklumat penting mengenai universiti anda dan panduan pendaftaran.

Selepas itu, anda bolehlah membuat sedikit survey mengenai universiti, asrama dan sebagainya yang berkaitan untuk info tambahan. Sekiranya ada group facebook atau whatsapp untuk pelajar baru dari senior-senior, amat-amat dialukan untuk join. Sebarang pertanyaan dan persoalan boleh diajukan kepada senior-senior kerana mereka lebih berpengalaman.

Dokumen penting.

Pastikan anda menyediakan dokumen penting yang selengkapnya. Sekiranya perlu disahkan, segera sahkan dokumen-dokumen anda sebelum mendaftar. Hal ini bertujuan untuk memudahkan segala proses pendaftaran atau kehendak pihak universiti untuk mengumpul dokumen yang diperlukan untuk dikutip nanti. Jangan buat kerja last minute. Please!

Sediakan satu fail khas untuk dokumen penting anda. Salinan dokumen anda perlulah disedikan melebihi 3 salinan. Lebih kurang 4 salinan ke 6 salinan. Tak payah la sampai 10 salinan. Membazir je!

Selepas selesai surat tawaran, pengesahan dokumen, failkan dokumen penting, kini anda boleh membuat persediaan untuk diri sendiri terutama kelengkapan ke universiti. Pastikan anda membaca keperluan apa yang boleh dibawa dan tidak boleh dibawa ke asrama terlebih dahulu. 

Buat checklist untuk keperluan harian seperti pakaian, toiletries, barang make up bagi perempuan (tak payah nak over sangat barang make up. cukup sekadar keperluan), makanan sampingan, keperluan untuk solat bagi muslim, charger, laptop, handphone, powerbank, alat tulis dan beberapa buku nota, barang untuk basuhan dan pinggan, mangkuk, cawan dan sudu garfu. Sediakan dua jenis checklist. Checklist pertama untuk keperluan harian yang penting manakala checklist kedua keperluan harian yang kurang penting. Maksudnya, kalau tak dibawa pun masih tetap boleh meneruskan kehidupan. hohoho

Dah selesai buat checklist, sediakan bajet untuk beli barang-barang keperluan dan kelengkapan yang tiada. So, bagi yang bekerja semasa cuti tu, saya sarankan simpan gaji anda separuh setiap bulan. Simpanan ini dapat membantu anda ketika anda memerlukan duit untuk membeli segala kelengkapan dan duit untuk print out dokumen, dan menangkap gambar berukuran passport. Jangan guna sehingga habis, simpan juga sedikit wang anda untuk kegunaan ketika berlaku kesesakan atau kecemasan. So, kena pandai bajet dan jimat la dalam berbelanja ni. Masuk U ni bukan nak pakai duit sikit macam nak masuk sekolah. Preparation memang banyak termasuklah yuran yang perlu dibayar. Utamakan bayaran yuran terlebih dahulu. Settlekan bab yuran dan kemudian barulah selesaikan checklist anda. Checklist anda perlu dibuat mengikut kategori. supaya lebih mudah dan tidak ada barangan penting yang tertinggal. Contohnya,

Pakaian:
Baju kurung/Baju melayu
T-shirt lengan panjang
T-shirt lengan pendek
seluar
tudung
dan lain-lain

Toiletries:
Sabun mandi
shampoo
berus gigi
ubat gigi
pencuci muka
dan lain-lain

Alat tulis:
pen hitam
pen biru
pensil
pembaris
pemadam
liquid
gunting
gam
buku nota
highlighter
dan lain-lain


Bagi yang mudah sakit dan ada sebarang penyakit, disarankan untuk menyediakan segala jenis ubat-ubatan secukupnya. Anda juga perlu menjaga kesihatan diri anda. Plaster, ubat gamat, panadol dan segala mak nenek tu sediakan secukupnya k.

Dah selesai checklist atau buylist atau segala jenis list yang anda buat, tiba masa untuk packaging. Kemaskan barang-barang anda dengan teratur. Minimakan penggunaan beg. 3 beg tu bagi saya dah cukup banyak ditambah pula dengan baldi dan bantal jika perlu. Kesian mak ayah pulak nak tolong angkut nanti. hehe. Ada orang tolong angkut takpa, tak ada masalah.

Lagi satu bagi yang muslim, jangan sesekali lupa bawa Al-Quran dan Yassin bersama anda. Jadikan Al-Quran teman baik anda di dunia dan akhirat. InsyaAllah, Allah akan permudahkan segala urusan.

So, kesimpulannya, survey dan baca segala panduan, sediakan dokumen penting secukupnya dan failkan dia. Yang kedua, sediakan checklist/buylist untuk setiap barang keperluan anda yang ingin dibawa dan dibeli. Yang ketiga, belanja dengan bijak untuk persediaan anda. Masuk U pakai duit banyak so pesan siap-siap masa kerja tu simpan duit sikit. Takyah la nak susahkan mak ayah sangat. 

So sekadar peringatan, anda nak mulakan hidup baru dengan belajar di tempat baru, jauh dari mak ayah, jadi kena pandai berdikari dan jangan suka susahkan mak ayah, doa yang baik-baik, jaga solat, jaga tingkah laku, cari kawan yang baik, cari pengalaman dan ilmu sebanyak yang boleh, jaga hati, jaga iman, jangan ikut perangai yang negatif, jangan tinggal al-quran, jangan lupa study, jangan lupa makan,hehehe... jangan lupa jaga kesihatan diri dan akhir sekali, selamat maju jaya dan selamat memulakan kehidupan baru di alam universiti/institusi pengajian tinggi.

All the best, good luck!

Sekiranya ada tips tambahan boleh kongsi dekat bahagian komen. Sama-sama share. Mana tahu ada yang tertinggal. hehe

1 comment:

Nurina Izzati said...

rajinnya kak emma bagi tips XD