Kidal?
Ya, aku seorang kidal. Satu-satunya kidal dalam keluarga aku.
Kidal
ke yang buat aku istimewa?
Tak.
Aku tekankan sekali lagi, TAK.
Kidal
pernah buat aku rasa down. Kidal pernah buat aku rasa stress. Aku
kena marah disebabkan aku guna tangan kiri pada perbuatan yang
sepatutnya aku guna tangan kanan. Contohnya, makan menggunakan sudu
atau garfu.
Ya,
aku tahu kita makan memang sepatutnya tangan kanan tapi bagi seorang
kidal ia jadi rumit untuk ubah tabiat tersebut atas dasar keselesaan.
Setiap hari aku akan ingatkan diri sendiri untuk ubah tabiat aku bila
makan menggunakan sudu. Aku juga manusia. Kadang-kadang aku terlupa.
Sekali lagi aku dimarahi dan setiap kali mereka nampak aku guna
tangan kiri aku akan dimarahi.
Aku
mula rasa down. Rasa stress setiap kali kena marah. Aku mula buruk
sangka. Aku mula persoalkan ketentuan Allah untuk aku. Kenapa Allah
jadikan aku si kidal? Kenapa Allah tak jadikan aku seperti orang lain
yang menggunakan tangan kanan?
Seolah-olah
yang kiri dinampak jahat, yang kanan dilihat baik.
Aku
tak sedar sebenarnya kidal jadikan aku unik. Kidal aku disertakan
bakat. Bakat yang biasa tapi cukup membantu aku. Sejak itu, aku mula
positifkan diri.
Aku
cuba. Apa saja aktiviti harian aku yang perlu aku guna tangan kanan,
aku usahakan sampai menjadi kebiasaan. Susah tapi aku cuba.
Sebenarnya
untung menjadi si kidal ini. Aku boleh ajar diri aku menggunakan
kedua-dua tangan dan bak kata orang multi-talented sebab kiri dan
kanan mampu melakukan kerja. Tapi tidak kesemuanya aku mampu guna
tangan kiri misalnya menggunakan tetikus (mouse) ketika bermain
laptop kerana aktiviti ini aku telah dilatih sejak awal penggunaannya
menggunakan tangan kanan. Jadi keselesaan itu lebih kepada penggunaan
tangan kanan berbanding dengan tangan kiri.
Sama
juga dengan makan menggunakan tangan. Walaupun aku si kidal, aku
tetap diajar makan menggunakan tangan kanan dan itu sudah menjadi
sebati dalam diri aku kerana adab dalam islam adalah memulakan
sesuatu yang baik dengan sebelah kanan.
Jadi
kenapa wujudnya orang si kidal ini ya? Adakah mereka tidak dilatih
dan diajar oleh ibu bapa mereka sejak kecil?
Jawapannya
adalah tidak. Aku telah pun dilatih untuk menggunakan tangan kanan
dan setiap kali aku menggunakan tangan kiri pasti aku akan kena
marah. Sebenarnya kidal adalah pengguna aktif otak sebelah kanannya.
Jadi refleksi atau tindakbalas seseorang kidal ini lebih kepada
tangan kiri apabila ingin memulakan sesuatu pekerjaan dan bukannya
sengaja aku menjadi seorang kidal.
Kidal
bukan bererti seseorang itu aneh mahupun cacat tetapi aku pandang
kidal ini sebagai unik. Aku bersyukur Allah jadikan aku unik dan
mempunyai kelainan berbanding dengan orang lain. Kajian juga ada
memperkatakan bahawa kidal lebih cenderung ke arah bidang seni dan
artistik. Ya dan aku tidak menafikan. Kebanyakannya adalah betul
tetapi tidak semua. Masih juga ada si pengguna tangan 'normal'
(kanan) yang berseni dan artistik.
Untuk
pengetahuan anda, 13 Ogos merupakan tarikh yang dipilih untuk
meraikan Hari Kidal Sedunia. Antara orang-orang ternama yang merupakan si kidal adalah Albert Einstein, Charles Darwin, Benjamin Franklin, Isaac Newton, Barack Obama, Bill Clinton, George H.W. Bush dan Gerarld Ford. Antara selebriti luar yang juga merupakan kidal adalah Justin Bieber, Adam Levine, Tom Cruise, Whoopi Goldberg, Paul McCartney, Oprah Winfrey, Celine Dion, Jennifer Lawrence, Brad Pitt, Angelina Jolie, Marilyn Monroe, Kurt Cobain, dan Jimi Hendrix.
Menurut
sumber dari https://www.thevocket.com,
Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan untuk anda menjadi golongan atasan seperti kami adalah 2% sahaja.
Ya.
Aku merupakan golongan 2% itu kerana mama dan abah aku bukan golongan
kidal. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh google fakta menarik untuk
golongan kidal. Kebanyakan peratusan kidal lebih kepada golongan
lelaki berbanding wanita manakala peratusan kidal lebih rendah
berbanding dengan golongan tangan 'normal'.
Walaupun
aku menghadapi kesukaran menggunakan objek tertentu yang
kebanyakannya dicipta berdasarkan penggunaan tangan kanan tapi
Alhamdulillah aku masih mampu menggunakannya dengan baik. Aku pernah
diajar oleh mama untuk menyiang ikan dan mama menghadapi kesukaran
untuk mengajar aku cara memotong dek kerana mama aku mengajar
menggunakan tangan kanan manakala aku menggunakan tangan kiri jadi
cara aku memegang pisau dilihat lebih berbahaya sedangkan tidak bagi
aku atas faktor keselesaan.
Aku
juga menghadapi kesukaran ketika aku mengaji atau membaca Al-Quran
kerana aku sering menggunakan tangan kiri untuk menunjuk pada ayat
yang sedang dibaca. Sering kali aku ditegur oleh ustaz dan ustazah
kerana adab membaca Al-Quran adalah menunjukkan ayat yang dibaca
menggunakan sebelah kanan. Tidak termasuk lagi kesukaran dalam
menulis ketika semua kawan-kawan kau mostly menggunakan tangan kanan.
Aku pasti akan memerlukan ruang supaya aku tidak bersentuhan dengan
mereka yang menulis menggunakan tangan kanan.
Bukan
mudah sebenarnya menjadi si kidal. Jadi bagi masyarakat luar sana,
jangan mudah judge atau menghukum golongan kidal sesuka hati kerana
Allah menciptakan manusia itu berbeza-beza kemampuan
dan kebolehannya. Segalanya memerlukan latihan bagi si kidal untuk
mahir menggunakan tangan kanan juga. Jangan rasa diri ini terlalu
hebat bila Allah jadikan kau normal macam orang lain dan kau pandang
orang kidal itu sebagai satu kecacatan.
Bermula
dengan kidal, aku mula mengenali dan asah bakat dalam diri aku
sendiri. Walaupun aku berbeza, aku yakin ada sesuatu yang aku boleh
buat sama seperti golongan tangan kanan mampu buat. Satu kata yang
aku pegang adalah CUBA.
2 comments:
saya pun tangan kiri, memang agak kekok pegang sudu time nak makan. .😁
Aku pun kidal. One day, pegi kenduri kawin cousin then duduk satu meja dengan makcik2 and nenek2. ada sorang nenek ni(makan satu meja dgn aku)(meja bulat besau) tepuk meja and cakap "Mana boleh makan tangan kiri! Siapa ajar?". Kuat wh. Terus hilang selera makan aku. Padahal baru dua sudu masuk mulut. Lalu aku membawa diri pegi kat meja buffet ambik kuih2 and cari spot lain untuk duduk makan. Ok, maybe tak pe lah dia nak tegur aku macam tu, sebab kat meja tu boleh kata aku yang paling muda. Masalah nya, kt meja tu ada abah aku and pakcik aku yang dua2 kidal juga. Bila aku duduk balik kat meja tadi, mak aku pun cerita benda sama nenek tu cakap tapi kali ni dia tegur abah and pakcik aku. Like wth nek? Kalau ye la kut nak tegur bukan gitu cara nya. Xke malu muka kita yang kidal ni?
Post a Comment