Monday 7 May 2018

Siapa aku?

 
Siapa aku?

SIAPA AKU??

Aku hanya peminjam.

Ya, Peminjam tegar kepada sebuah kenikmatan yang Maha Pencipta kurniakan untuk aku. Aku dipinjamkan tubuh badan, hati, dunia, nikmat di dunia dan segalanya tapi aku terlupa siapa aku. Dalam tak sedar, aku menjadi peminjam yang kacang lupakan kulit, peminjam yang semakin takbur dan bongkak.

Sebelum lahir, aku berjanji untuk menjadi seorang manusia atau khalifah di muka bumi Allah dengan menegakkan agama Allah iaitu Islam.

Kemudian saat dilahirkan, aku dikurniakan nikmat kasih sayang. Bangga tatkala semua mengerumuni aku, memuji aku dan menyayangi aku.

Sepanjang aku membesar, perlahan-lahan Allah kurniakan nikmat satu persatu sehingga nikmat itu sudah mula tidak terkira. Nikmat kasih sayang ibu bapa, nikmat makan, minum, bergelak ketawa, merangkak, berjalan, bercakap, bersekolah, berkawan, belajar, usia, kesihatan dan banyak lagi. Tapi sekali lagi aku lupa siapa aku.

Saat datangnya susah, musibah dan ujian, Hati aku mula rasa sangsi. Hati aku mula hilang kepercayaan kepada Allah. Hati aku mula memfitnah. Mengatakan Allah tidak adil.

Tapi

kadangkala sebaliknya. Aku mula mendekati Allah. Aku mula kembali berdoa. Aku mula rasa berdosa dengan apa yang pernah aku lakukan.

Kenapa perlu mula semula?

Kenapa tak dipegang taat setia dan syukur itu sepanjang hari?

Kenapa?

Sebab aku lupa siapa aku.

Saat diberi merasa nikmat Allah yang sedikit tu aku dah mula goyah. Aku dah mula alpa. Hati aku makin tak kuat. 

Aku merasakan aku layak nikmat ini atas usaha aku sendiri. Aku tak sedar yang Allah pemberi rezeki dan Allah juga mampu menarik kembali rezekiku.

 Aku leka dengan kekayaan yang Allah beri, Aku rasa aku dah cukup hebat di mata manusia sedangkan aku hanya seorang hamba yang dayus di mata Allah.

 Aku rasa akulah pemimpin yang hebat dengan memegang jawatan tinggi tapi rupanya kesibukan aku hanyalah mengejar duniawi sehingga tersasar dari landasan akhirat.

 Aku rasa akulah top student atau pelajar yang sangat cerdik saat aku memperoleh keputusan yang lebih baik daripada orang lain sehingga lupa rasa syukur itu apa. 

Aku rasa akulah suami isteri dan ibu bapa yang hebat sehingga aku tak sedar, aku takbur menyebarkan kejayaan anak-anak sendiri tanpa aku sedari aku telah mengguris hati orang lain yang mungkin mempunyai peranan yang sama. 

Aku rasa akulah pekerja yang terbaik tapi aku silap, aku terlalu berbakti kepada manusia sehingga aku lupa berbakti kepada Allah, si Pemberi Rezeki.

 Jadi salah siapa?

Salah orang lain?

Salah kawan-kawan aku yang tak membimbing aku?

Salah jiran-jiran aku yang tak menegur?

Salah ibu bapa aku yang tak mendidik aku?

atau salah orang sekeliling yang sama-sama lupa diri?

Bukan salah sesiapa.

Tapi

SALAH AKU

Ya, salah aku. Aku lalai. Aku bongkak. Aku takbur. Aku sombong. Aku lupa. Aku leka. Aku abaikan sesuatu yang sangat penting dalam diri aku iaitu Allah.

Aku tak sedar siapa aku.

Sebenarnya, aku tak sedar SIAPA AKU...



Penulis,
Little Miss

No comments: