Sunday 16 February 2014

11 TIPS SIAPKAN KERJA SEKOLAH/HOMEWORK

Haii .. Peace yo!! Hehe . Baca tajuk pun macam boring dah kan ? Memang boring pun .Tak kisahlah sesiapa pun yang sentuh bab-bab kerja sekolah mesti akan boring tahap mengantuk gila . Kan kan kan ? Lumrah seorang pelajar memang macam tuh pun . Semua orang pernah lalui . Kerja sekolah bertimbun-timbun bagaikan longgokan sampah yang tidak mahu dipandang langsung . Acewahh . teruk betul perumpamaan aku . Tapi sebenarnya kerja sekolah a.k.a homework ini sebenarnya tidaklah sejahat yang kita fikirkan . Banyak kelebihan yang kita dapat masa buat homework nih , walaupun kita buat dalam bebal . Hahaha .. Memandangkan aku pun tengah tunggu result SPM pada 20 Mac 2014 yang tak lama lagi nih , aku nak jugaklah share tips-tips yang sesuai untuk hampa-hampa semua nak siapkan kerja sekolah . Ada jugak beberapa tips-tips yang pernah aku guna masa zaman persekolahan aku dulu . Memang menjadi . Nak tau kena baca sampai habis and then try . Belum cuba belum tahu .

  

 Dengar lagu sambil buat homework.
 First tip yang aku rasa amat sesuai pada masa kini.Hehe.Yelahh,zaman sekarang memang ada macam-macam jenis lagu.tambah-tambah pelajara sekolah gerenti suka dengar music time buat homework.So,itu adalah tips yang aku pernah buat.Dengar lagu nih sebenarnya untuk mengurangkan tension sambil tu kita boleh enjoy buat kerja sekolah.Tapi janganlah dengar lagu versi rock pulak.Setakat lagu slow-slow down dahlah.Boleh relax your mind sikit.Agak tak sesuai pulak kalau kita dengar lagu versi rock dan lagu dangdut sambil buat homework.So, pilihlah lagu yang bertepatan dan sesuai dengan citarasa anda.Ada jugak yang jenis suka dengar lagu berentak-rentak sikit.Itu terpulanglah pada empunya diri.Kepada sesiapa yang jenis tak suka dengar lagu sambil buat homework baik cancel aje tips pertama nih.Sesetengah orang kata,dengar music sambil buat homework nih akan menganggu konsentrasi kita untuk belajar.Apa pun pendapat anda,itu terpulang.Hak diri masing-masing. 
  Buat perancangan a.k.a jadual.
Nak lebih senang,kemas dan teliti, aku sarankan guna tips nombor dua nih.Buat jadual belajar sendiri.Sekurang-kurangnya kita ada perancangan dan lebih sistematik.Tapi apa yang selalunya anda buat ialah anda tak ikut pun jadual yang dibuat dan dirancang.betul dak? percayalah! Kita rajin buat tapi malas nak ikut.Macam akulah..Haha.Kalau ikut pun sehari dua ja.Lepas tuh jadual ke mana,orang pun ke mana.Hihi..Selalunya orang yang betul-betul nak ja akan buat.Kalau buat jadual tuh biarlah bersesuaian dan kena dengan keadaan diri kita.Jangan pulak kita buat jadual yang padat sampai kita sendiri tak mampu nak ikut pulak.Baik tak payah buat kalau macam tuh.Membazir kertas dan masa ja.Apa yang kita rancang mesti ikut.Tips ini jugak amat sesuai untuk melatih kita supaya lebih berdisiplin dan menepati masa.Orang melayu paling banyak tak reti tepati masa.Aku pun tak suka orang yang tak menepati masa nih.

 Tentukan kerja sekolah mana lebih penting.
Tips nombor tiga nih pun lebih kurang sama macam tips nombor dua jugak cumanya berlainan dari segi jangka masa.tips nombor tiga nih boleh guna untuk jangka masa pendek jaa.Contohnya,kita ada kerja sekolah fizik,pendidikan islam,math dan biologi.So,kita confuse tak tau nak start dari mana or tak tau nak selesaikan yang mana dulu.Jadi kita tengok balik jadual kelas kita untuk keesokkan harinya.Sekiranya subjek tersebut ada homework,kita selesaikan subjek tu dulu.Maknanya kita susun atur dulu homework apa yang ada dan homework apa yang perlu diselesaikan dahulu.Katakanlah subjek math dan fizik ada esok,kita tengok pulak subjek mana yang start dulu.Kalau subjek math start dulu and then subjek fizik ada lepas rehat,kita buat dan selesaikanlah homework subjek math dulu.Kemudian diikuti fizik dan subjek-subjek yang mana ada kerja sekolah.Kesimpulannya, kita tentukan homework kita yang mana lebih penting tu mengikut jadual kelas kita supaya kita lebih mudah untuk buat dan selesaikan dengan baik.
  Buat homework yang senang dahulu.
Kerja sekolah yang banyak pun ada jugak kategori dia.Kategori senang,sederhana dan susah.Jadi bila ada banyak kerja sekolah, aku sarankan kita start buat homework yang senang-senang dulu.Sebabnya, bila homework kita buat tu senang dan mudah,kita akan lebih enjoy nak buat berbanding kita buat yang susah dulu.Kalau kita buat yang susah dulu,mesti kita akan mudah tension,bebal and then terus takmau buat.Bila takmau buat yang susah,maka kerja sekolah yang lain,yang lebih senang dan sederhana tu pun kita akan tinggalkan dengan alasan mood nak buat takdaklah dan sebagainya.So,last sekali satu kerja sekolah pun kita siap.Betul dak? Jadi apa kata kita buat yang senang dulu.At least, ada jugak kerja sekolah kita yang siap daripada tak buat langsung.So,Lupakan istilah,bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian.

 Jangan tangguh buat kerja sekolah.
Tips yang kelima nih memang patut pun wujud dalam kalangan pelajar-pelajar.Jangan sesekali tangguh sekiranya ada kerja sekolah atau homework yang sikit sekalipun.Kadang-kadang bila dah ada kerja sekolah sikit nih , dia jadi malas nak buat.So,tangguh tangguh sampai bertimbun bagai nak rak baru kalut satu dunia homework tak siap.Kalau ada homework banyak sekalipun , buat sampai habis.Tak sempat tak apa.Kita selesaikan mana yang penting dulu.Selagi tak habis duk tension macam tulah.Aku pernah tangguh satu kerja sekolah subjek bm dulu nih.Last-last sampai setahun belajar homework tu haram tak siap pun.Hihi .. So,jangan jadi macam aku.Mengarut jer!
 Siapkan homework di sekolah.
Bila kita dah tahu homework kita banyak,jadi apa salahnya kita cari ruang masa yang ada kat sekolah tuh kita gunakan untuk buat homework bagi siap.Balik rumah nanti boleh jugak relax.Tak adalah kalut macam dunia nak berperang aje! Contoh time yang sesuai, waktu rehat sambil-sambil makan buatlah.Kalau tak boleh, gunakan masa yang ada ketika pertukaran subjek/guru.Masa kat situ dah ada lebih kurang lima minit or sepuluh minit.Kira okeylah kan.Tak pun time balik sekolah.Lambat tunggu parent atau bas sekolah nak mai,apa salahnya buat homework sambil-sambil tunggu.Lagipun masa kita kat sekolah kan digunakan untuk belajar so, jangan fikir sangat kata-kata orang.Asalkan kerja kita siap dan kita  pun tak kacau orang.Ya tak?
 Rujuk/tanya sekiranya tak tahu nak buat kerja sekolah.
Kadang-kadang kita nih bukannya pandai sangat pun.Buat-buat pandai aje lebih.Bukan semua subjek kita boleh score dengan expert dan jayanya.Ada jugak masanya kita perlu bertanya atau rujuk buku/bahan.So,kalau kerja sekolah kita di tahap atau kategori yang boleh dinamakan susah, ringan-ringankanlah mulut untuk bertanya dan rajinkan diri untuk mencari jawapan dengan merujuk buku atau bahan.So,kerja sekolah kita akan lebih senang nak disiapkan.Tak siap semua pun paling koman separuh pun jadilah.Kalau dah sampai stress sangat bak kata gary si running man tuh bila fikirkan jawapan dia,baik kita tinggal aje.Esok pergi sekolah tanya kawan atau cikgu terus.Senang cerita!
 Jangan buat homework sampai lewat malam.
Tips nih memang penting.Sesibuk mana pun kita,sebanyak mana  pun kerja sekolah kita.Jangan buat homework melebihi jam satu pagi.Kalau pukul dua belas tengah malam tu pun dah dikira lewat tau.Bagi pelajar memang tak digalakkan tidur lewat.Takut esok pagi kat sekolah time belajar mengantuklah , letihlah dan segala macam alasan lagi.Memang tak baik untuk kesihatan sekali.Bagi yang dah biasa tidur pukul dua tiga pagi tuh baik stop.Biasakan diri tidur sebelum pukul satu pagi.Tidur lewat pun ada keburukannya okay.Terutama perempuan.Kesannya akan berlaku pada hari keesokkan.Badan kita akan jadi lesu dan kepala otak asyik fikir tilam,bantal sepanjang masa.
 Jangan buat homework kat tempat tuisyen.
Tips nih bukan nak menyekat atau menghalang sesiapa yang suka buat homework kat tempat tuisyen tetapi tips nih memang patut diamalkan.Yelah, tuisyen tempat kita nak tambah ilmu,tempat kita tambah penguasaan dan pemahaman kita dalam subjek-subjek tertentu.Jadi cuba bayangkan,kalau cikgu kat tuisyen tengah mengajar,kita pulak sibuk duk buat homework.Rasa-rasanya masuk ke apa yang kita belajar? Buat pulak cikgu tuisyen tu nampak, tak rasa ke dia akan kecil hati.Seolah-olah tidak dihargai.Kan dah timbul banyak masalah.Cikgu tuisyen pun kita kena hormat macam mana kita hormat cikgu kat sekolah.Time tuisyen kita belajar apa yang cikgu tuisyen ajar.Pasal kerja sekolah balik nanti baru buat.Atau pun buat sebelum kita pi tuisyen.Kalau ada extra time laa.Kalau tak buat susah payah ajelah mak ayah hantar kita pergi tuisyen.Membazir duit,masa dan tenaga walhal kita tak faham serupa tulaa jugak.
 Buat homework sambil makan.
Nak lebih enjoy apa kata try tips yang nih.Sambil-sambil buat homework kita makanlah apa-apa makanan yang ringan.Contohnya, coklat kopiko,coklat cadbury,kit kat,snek,kek apollo dan banyak lagilah.At least dapat jugak isi perut.Tak cerdik pulak kalau time buat homework kita pi makan nasi.Memang tak kena langsunglah.-_-
 Buat homework di tempat yang cerah/jangan buat atas katil.
Haa..time kita buat kerja sekolah tuh pastikan kita buat di tempat yang selesa dan cerah.Cerah tu maksudnya kita buat di tempat yang ada lampu.Jangan pulak buat kerja sekolah di tempat yang gelap dan samar-samar.Memang lentoklah jawabnya.Paling penting jangan buat kerja sekolah atas katil.Maklumlah,buat homework malam-malam.Buat pulak atas katil memang lingkuplah.Tak sampai sejam kita dah terlelap.Tak tahan dengan godaan tilam dan bantal yang memanggil-manggil.Haha..So,better kita buat kerja sekolah di sebelah petang.Ini tak,petang-petang tidur.Malam baru nak jadi burung hantu.Sepatutnya lepas asar kita tak patut tidurlah.Tak baik.


So,kesimpulannya,inilah tips-tips yang dapat aku kongsikan dengan hampa-hampa semua.Sekurang-kurangnya dapatlah menolong apa yang patut.Selebihnya bergantung pada diri sendirilah.Kalau ada tambahan idea boleh aje comment.Sama-sama kongsi. :)



Okey,Assalammualaikum.




32 comments:

Asha Lya said...

salam perkenalan adik emaneza..done follow cne 141

Anonymous said...

Hi

Nur Nashwa Alia said...
This comment has been removed by the author.
Nur Nashwa Alia said...

Terima kasih bagi tips-tips ni. Berguna sangat :))
http://nnakhairudin.blogspot.com

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya dri klas account. Cikgu saya suka bagi kerja banyak2 smpai saya nak rehat pun susah. Cikgu nak keesokan harinya lak tuh. Sye dh cuba buat kat skolah tpi smakin bertmbah kerja saya. Saya rse stress sgt. Tak thu dh nk buat ape2.

Sapphire said...

Hai boleh guna juga cara ni.

Anonymous said...

saya selalu tertekan nak buat hw, rasa macam dah tak nak hidup dah. tapi, nak buat macam mana kan kerja kita kena buat jugak hmmm.

Unknown said...

Mcm mna nk terus motivasi diri untuk buat homework time pkp nih...rasa mcm nk kemas dan memasak je kt rumah nih..dah malas nk buat hw..jadi rutin lain pulak

candyyyy_ said...

Saya pun rasa malas nak buat tapi saya ada try ikut satu tips ni dan Alhamdulillah kerja" yg sikit" tu semua dah siap cuma yang banyak ni je saya tangguh sikit ,hah tu masalah adoi ahahahaa,so tips dia awak just listkan semua hw awak lepastu awak susun hw yg dari senang sampai paling susah, and then awak buat je semua hw yg senang dulu and kalau awak mula rasa malas, awak ckp kat diri awak yg awak akan rasa senang hati bila semua hw awak dah siap separuh means yg senang" tu, oh ye telefon tu awak letak jauh dari awakk mcm jauhhhhh sangat sangatttt sampai awak malas nak ambik balik �� , and bila dah listkan hw tu, awak letak masa awak mula dan masa untuk awak main fon ke apa ke, okayh? Dont give up, awak! Saya pun pesan kat diri sendiri ni ahahaha, stay safe ��

candyyyy_ said...

Dont give up awak! Nak berjaya kena rajin =)

Unknown said...

Hi!
My name's lrdina and I'm ten years old.
I'm from malaysia and I live in pulau pinang.I've got a girl.His name is amani Damia. Have you got any brothers or sister.
In this picture, I'm playing exercising
Exercising is my favourite sport.
What's your favourite sport?
Please write back soon.
Bye for now,
Irdina

srikanis said...

Tq bgi tips..aku dh mula bersemangat nk buat kerja sekolah..cun tips2 dia

Unknown said...

hai saya dari 2020

Yumi said...

Susahlah kak.. Sy tiap kali pandang hw je rasa meluat, pening loya dan nak muntah.. Rasa panas barann je.. Camne ni kak.. ToT

Yumi said...

Hmm.. Betul tu.. Sy pun asyik rajin tolong mak je sejak pkp dulu tu.. Hw langsung x usik.. :(

Unknown said...

Saya memang nak buat homework lagi lagi waktu malam...... Saya penat selepas melakukan aktiviti persekolahan..... Penat sangat nak buat tapi saya berusaha nak buat homework bagi habis... Saya guna tips and kak tapi masih tak berguna

Unknown said...

Saya memang nak buat homework lagi lagi waktu malam...... Saya penat selepas melakukan aktiviti persekolahan..... Penat sangat nak buat tapi saya berusaha nak buat homework bagi habis... Saya guna tips and kak tapi masih tak berguna

alyadotje said...

Hahaha hampir semua point baca sambil gelak.. Thanks sisterrr!

Anonymous said...

Harap ii menjadi...dah bnyak sgt homework yg x siap ni... puncanya sebab x reti nk buat or jawab
��

Unknown said...

hai saya dari 2021😂

Budak yg x siap keje sekolah said...

Homework aku ade 18..due date esok..masaklah aku��

Budak ibest said...
This comment has been removed by the author.
Budak ibest said...

Hai saya dari masa hadapan

Unknown said...

This comment has been removed by the author

Unknown said...

Atas katil tu untuk buat benda lain mmg bukan untuk buat homework pon atas tu…positif thinking ok😘

Unknown said...

Masaalahnya kerja yg senang tu byk sgt🤧buat nota tu nota ni

Unknown said...

Saya nk buat kerja sekolah tapi saya rasa malas nk buat.kadang2 terlelap dan terlalu malas.saya dh cuba lawan,tapi tidak berhasil.Akhirnya kerja saya tertangguh banyak.

Unknown said...

saya bnyk keje sekolah zaman sekarang ni keje sekolah bukan macam dulu sng2 sekarang ni saya darjah lima tapi kalau zaman dulu ikutkan saya belajar darjah enam punya banyak tak faham tapi insyaallah saya cuba ikut tips2 yg akak bagi

pkp sekarang ni pelajaran saya kadang2 terjejas tapi saya cuba untuk fahami bab2 yg saya ketinggalah

thank you kak

Savage girl said...

I haven’t finished my homework for 3 weeks im so lazy and pening yk terlalu byk

Unknown said...

Hai saya dari 2022

Unknown said...

Saya banyak tau kerja sekolah dengan kafa lagi sekolah kebangsaan lagi dahh kena marah Ngan mak �� satu buku tu ada dari m/s 24 hingga 89

Anonymous said...

Saya dari 2022 ��