Wednesday 9 November 2016

STUDIO TRIP: TELUK BATIK

 


Sorry for late to update my blog because im too busy since i came back from studio trip at Teluk Batik. Now, after successfully submitted my project 4, I need to focus on the next project iaitu Project 5, Wakaf Assignment and Report SHE (Hubungan Etnik). Now, a little bit free so I take my time to share with you all about my trip actually my studio trip to Teluk Batik selama 3 hari 2 malam.

Semua student  HBP yang first year dan yang ambil subjek studio RUS 104 diWAJIBkan pergi studio trip ni untuk project 5. So, for project 5 ni kami perlu stay dalam group masing-masing. Sebab project sebelum ni, project 1 sehingga 4 kami kena siapkan secara individu tetapi untuk project 5 ni kami kena settlekan dalam kumpulan. Maknanya kali ni kena buat kerja project secara berkumpulan la.Then,Dr. Jestin masukkan name list dalam group masing-masing. Kami kena tengok sendiri la dekat blog studio RUS 104. Satu kumpulan dibahagikan seramai 11-12 ahli group. 

DAY 1

Tepat hari Jumaat, 4 November 2016 kami berkumpul di hadapan DUP jam 7.30 pagi. Kami sampai lewat 5 minit, 7.35 pagi. haha tapi sebenarnya kami bertolak lewat dari yang dirancang dalam jadual sebab ramai yang bangun lambat. dengar cerita la*

Sampai jer terus letak beg then ambil breakfast. Settle semua breakfast kami berselfie, menyembang sebab lambat lagi nak bertolak then tak tahu exact time yang nak naik bas bertolak pergi lumut. Lebih kurang pukul 9 pagi barulah kami mula bertolak dari USM. Lebih kurang 4 biji bas, 1 van dan ada lagi lecturers yang join. Aku dalam bas macam biasa la dengar lagu, tengok luar, pejam-pejam mata. kalau mengantuk baru lena. haha. 

Lebih kurang 9.45 pagi, kami dapat tau yang bas satu lagi rosak. Katanya kebocoran gas. Bau hangit. So, terpaksa la berhenti tepi jalan dan student yang naik bas tu kena tumpang naik bas lain dulu sementara nak continue perjalanan berhenti dekat RNR Sg. Bakap. Sampai je sana semua pakat menunggu. Bas kami dan bas yang still elok ni meneruskan perjalanan manakalan student yang naik bas rosak tadi kena tunggu bas baru sampai. haha. sadis gila. moga bertabahlah. haha

Sepanjang perjalanan tu aku sempat la lena walaupun tak berapa lena sangat tapi mata still mengantuk. Agak-agak tengah hari tu barulah sampai kat Kilang yang membuat WPC, AB Wood, iaitu company Perceptive Profile Sdn. Bhd yang terletak di Batu Gajah, Perak. Kami disambut oleh tuan empunya company dan dijamu dengan sedikit makanan ringan (bihun goreng, kuih-muih dan air oren). Untuk pengetahuan jugak, student dari Poli PD yang ambik studio course pun turut sertai. Kesemua student dari Poli PD adalah course Architecture. Settle ja makan kami terus dibawa melawat masuk ke dalam kilang dan office. Penerangan demi penerangan diberikan sebagai ilmu, info dan maklumat mengenai AB Wood dan proses-prosesnya. Aku tak berapa dengar semua pun sebab duk belakang then crowded ramai sangat. haha. Tapi seriously aku memang tertarik dengan furniture dia yang diperbuat daripada AB Wood. Nampak cantik dan eksklusif gitu haa.. Sekitar jam 2 petang lebih macam tu, kami bergambar beramai-ramai sebelum bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Kellie Castle.

Actually aku first time pergi Kellie Castle, memang lama dah teringin akhirnya sampai jugak. hehe. Struktur bangunan Kellie Castle yang belum siap sepenuhnya. Rasanya baru 50% maybe. Dari atas memang tak dinafikan view dia memang cantik. Angin kuat bertiup-tiup. perghhh, best jer layan angin kat tingkat paling atas sekali. Semua sibuk berselfie, bergambar, bergelak ketawa dan macam-macam la. Memang enjoy habis-habisan sebab ni kan first trip keluar dari USM bersama student HBP as student USM kan. Enjoy the moment with friends and lecturers. Memang menarik walaupun perjalanan tak jauh mana pun. Bak kata orang, pengalaman dan kenangan akan jadi lebih menarik walaupun kita pergi dekat jer sebab pengalaman dan kenangan tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Apa yang penting semua enjoy dan dapat sesuatu input yang baru tak kisahlah sama ada dari segi pengalaman, ilmu, kawan-kawan atau motivasi dan semangat. 

Selesai melawat Kellie Castle, kami bertolak terus ke Teluk Batik. First time jugak pergi Teluk Batik. Seriously, tempat dia okay. pantai bersih cuma line phone la problematic sikit. Lebih kurang 6.15 petang, kami sampai kat Teluk Batik Resort. Sebelum check in, Dr. Salwa suruh bahagikan satu bilik tiga orang. Tak kisahlah nak stay dengan sapa pun asalkan tiga orang. Then lantik seorang leader untuk ambil kunci dan remote tv. Aku stay dengan roomate aku, Izzati  (tot) dan cubemate aku, Aina Paan. Memang gila-gila la kami tiga orang. haha. Hingaq satu bilik nuh. haha. Lepas dapat kunci terus cari bilik 1-4. Merata cari serupa main explorace dah. haha. Masa nak buka pintu tu, kunci kami tak boleh bukak. haha. macam takmau bagi masuk jah. adoii. Lama lepas tu barulah boleh buka. Resort dia okay. bersih. luas la untuk  3 orang. Ada tv, astro njoi, bilik air tab mandi dohh. haha. sorry kami tiga memang peqak sikit time tu. Jakun tak kena gaya padahal mandi tak guna pun tab tu. hahah..

Lepas rest-rest, mandi solat maghrib semua kami turun nak pi makan malam kat Jungle Hall. Kami jugak diberikan taklimat untuk project 5. Kena buat site analysis and bla bla...

hahaha. ingat mai bercuti saja syok-syok ka. mai buat kerja cek oii. Lepas taklimat ringkas, kami stay dalam group masing-masing dan mula discuss apa yang nak kena buat untuk esok punya site analysis. Peralatan seperti anaemometer,measuring tape dengan sound apa ntah tu ada dekat aku. Kami kena guna untuk ukur temperature, sound, humidity, wind speed and so on masa site analysis nanti. Project kali ni memang macam project mega sikit la. Kami kena design satu beach bach yang sesuai dengan ukuran yang diberi dan buat satu model beach bach. Dalam masa yang sama, kami kena buat drawing semua manually dalam A1 paper, kena buat report, video korporat dan model. Memang banyak gila la. Kerja dia ni macam kita dah kerja dalam satu company bila mana semua major membuat kerja mengikut bidang tugas masing-masing. Budak design kena buat design, Construction Management kena handle dan urus projek, Quantity Surveying kena kira cost secara exact untuk project beach bach ni dan ada lagi la. Satu kumpulan semua lain-lain cost. Aku? of course la kena tolong budak archi design bach then design interior dalam bach sebab im design student, interior design. haha tapi semua still boleh tolong yang lain-lain dalam buat report, video and so on.

Settle je discussion, semua balik tidur dan rehat. kami bertiga? layan drama dengan movie korea bagai sebelum lena. haha. nak main whatsapp line takdak. sedih kan. so layan jela apa drama dengan movie yang ada dalam pendrive tu.


DAY 2

8.00 pagi 
Kami turun bersarapan kat Jungle Hall jugak dengan cuaca sejuk sebab hujan. Hujan yang boleh tahan lebat jugak la. Boleh dikatakan setiap kali buat site analysis mesti hujan. haha. Dah la payung tak bawak. Group aku pun gagah la pergi jugak site sebab semua orang dah start pergi dan meredahlah kami dalam hujan demi menyiapkan task yang pertama. Nasib baik payung semua cukup. Berjalanlah kami sepanjangkan site dari site 2, site 3 dan site 1. Sepanjang pantai Teluk Batik tu kami berjalan dalam keadaan hujan. Tengok air pasang, ombak dia kuat la jugak sebab hujan sama. Tengok keadaan site, buat SWOT analysis, tengok facilities dia dan macam-macam la. Selfie, ambil gambar, rakam video, record temperature, makan aiskrim and so on laa sampailah jam 11.05 pagi. Lepas tu kami balik bilik masing-masing sebab kena check out jam 12 tengah hari. Lepas check out, serah kunci, kami makan tengah hari. Bagi yang nak pergi site balik pun boleh pergi sebab kami akan bertolak jam 2 petang untuk ke Lumut Waterfront. Aku, Yeen dan Mek Pikah pi berjalan cari TNB punya sumber elektrik sebab nak ambil gambar. Then barulah kami meronda dan bershopping kat kedai berhampiran. 

Baju t-shirt kat abah RM25
Pelekat peti ais mama RM 10
3 hiasan kerang RM 5
2 gelang tangan RM 5
makanan hasil laut (7 pack lain-lain makanan) RM 10

kat Kellie Castle aku beli 3 keychain kat adik-adik aku RM10.

Lebih kurang 2.15 petang barulah kami bertolak dari Teluk Batik Resort menuju ke Lumut Waterfront. Percutian kami memang mood pantai memang on sedia la. Walaupun duk USM kat pulau keliling laut tapi bertuah la nak pi duk tepi pantai laguni. haha. busy memanjang. duduk la dalam USM tu sepanjang hari ke sana ke mari. haha

Kami sempat singgah kat kedai Hasil Laut Jamilah yang menjual semua makanan berasaskan hasil laut. Aku tak beli apa pun sebab aku dah beli dah awal tu. haha. 

Elok ja sampai kat Lumut Waterfront, Dr. Jestin umum berita gembira yang project 4 boleh submit hari Selasa, 8 nov 2016. Semua mood ceria jaa. Extend submission date. haha. Tapi sama ja. tetap last minute punya kerja then sempat tidur 2 jam ja. Thats why jadi Hantu Balik Pagi. Sebenarnya hat duk jadi hantu ni sebab buat kerja last minute jah. hahaha. betul dak budak hbp? kalau buat awai boleh ja tidur dengan amannya. Kami berjalan-jalan dan bergambar kat Lumut Waterfront dan sempat singgah sembahyang kat masjid terdekat sebelum terus balik Penang tercinta. hahah.

8.10 malam sampai USM dah. Kami 5 orang siap order delivery One Tomyam lagi sebab semua pakat lapaq balik tuh. haha. Aku, Aina dengan Tot stay sampai pukul 3 pagi centu la buat project 4 sikit. Lepas tu semua pakat lena bersungguh la. Ahad cuti. Isnin baru bentang project 5. So, beginilah ceritanya trip student HBP ke Teluk Batik. Enjoy and create a precious moments with friends and as student university life. Hopefully next year or next sem dapat merantau lagi jauh yer. Cost kami ke teluk batik ni RM 160 kesemuanya. Quite mahal tapi takpe la. enjoy jer. nasib baik resort dia memuaskan hati dengan ada aircond bagai walaupun agak mahal. ahaha. So, kalau nak tengok gambar boleh tengok kat next post yer sebab dah janji nak update so dont worry. I will share it with you guys. So, stay tuned and thank you for reading and sorry for my broken english. hahah.

No comments: