Monday 2 January 2017

Tips planning AZAM

 


Alhamdulillah. Masih bernyawa dan berada dalam keadaan sihat dalam mood tahun baru ini. Seringkali kita dengar ucapan tahun baru pasti akan diselitkan dengan azam. ya AZAM. Tahu ke definisi azam tu apa?

ini maksud azam menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi  Kedua,

tujuan yang hendak dicapai; apa-apa yang dimaksudkan. berazam bercita-cita; bertujuan: Ia ~ hendak melanjutkan pelajarannya lagi. mengazamkan berniat akan; memaksudkan; mencita-citakan.

Yes, that is the real meaning. Bila cakap pasal azam sebenarnya ia lebih kepada plan atau perancangan kita untuk tahun ni. Means, tahun ni kita rancang dan berniat nak buat apa. So pastikan niat kita tu betul dan rancang dengan sebaiknya. At least, kita dah apa perancangan dan tujuan yang kita nak capai pada masa akan datang dalam tempoh setahun. Kita boleh je nak plan apa yang kita nak capai dalam satu tahun ni tapi pastikan apa yang rancang tu kita mampu buat dan kita yakin yang kita boleh buat. Bagi student mungkin perancangan dia nak habiskan study dengan keputusan yang cemerlang, bagi yang bekeluarga mungkin nak tambah income keluarga or nak improve hubungan kekeluargaan ke atau bagi yang bertunang or baru nak bertunang mungkin rancang nak kahwin ke. That is we call a planning. Makna kata kita dah berazam untuk buat benda ni dalam tahun ni jugak. Bukan perancangan yang ditunda-tunda pada setiap tahun baru. That is not a real strategic planning.

Hidup kita ofcourse kena ada planning. Orang berjaya selalunya dia akan buat satu rangka planning so at least kita dah ada guide. Boleh je guna manual, kita tulis azam kita tahun ni nak buat apa. Senaraikan. Jot down apa yang kena buat untuk azam tahun baru ni. Rancang sebaiknya. Even dah berkeluarga tak semestinya dia tak ada planning. betul tak? Tapi aku malu la tulis dalam buku. Nanti orang baca orang tengok mesti dia gelakkan aku. Come onlah, buat apa nak segan dengan perkara yang kita tak buat salah. Tu cara kita nak planning dalam hidup kita biarkan jelah. Yang penting kita ada perancangan, matlamat dan tujuan yang kita nak capai. Barulah hidup kita ni lebih bermakna dan terurus. Orang yang tak ada azam ni umpama lalang. Lalang ikut je arah angin lalu. Tak ada pendirian, tak ada perancangan, tak ada matlamat. So, berfikiran terbukalah. Tengok dan contohi masyarakat dunia yang telah berjaya tak kiralah dalam apa jua bidang sekali pun. Mereka sebenarnya banyak menulis dan membaca. jadi, contohilah mereka walaupun mereka bukan seagama dengan kita. Kita contohi nilai positif dalam diri mereka. Okay, kalau rasa segan dan malu, apa susah guna ja teknologi yang dah ada depan mata. Handphone canggih-canggih, laptop mahal-mahal buat apa kalau tak guna. Dalam tu semua dah ada notes, tak ada apps note boleh je download kat apps store. Bersyukurlah dunia sekarang dah maju. Banyak benda yang menyenangkan dan memudahkan kita untuk melakukan sesuatu kerja jadi manfaatkan. Tidak sia-sia jelah beli mahal-mahal. Ye dok?

Mungkin bagi sesetengah orang akan cakap susah la nak plan dalam setahun, macam-macam boleh jadi. Kita tak tentu lagi apa yang kita nak buat pada masa akan datang. so macam mana nak ada azam?

why not tak ada? Kita jadikanlah azam tahunan kepada azam harian. Bolehkan?Azam ni tak semestinya kena azam tinggi-tinggi. Boleh je jadi azam kalau benda tu dalam lingkungan yang kecil. simple perkataan, short planning. Perancangan jangka masa pendek. Kita plan setiap hari kita azam nak buat apa atau rancang dalam tempoh seminggu ke or its up to you nak rancang dalam tempoh beberapa hari ke, terpulang. sebab itu planning awak. Awak ada hak nak buat macam mana pun planning tu.Even,kita bercita-cita nak buat apa dalam tempoh tersebut, pastikan tulis and take note. Kalau dah berjaya tengok balik apa hasilnya dan apa nilai positif or iktibar yang boleh dapat selepas azam kita berjaya dilaksanakan. mungkin aku cerita panjang-panjang ni orang tak faham cara nak planning. nah kat bawah ni aku ringkaskan. So bolehlah jadi guide untuk awak-awak semua ni planning azam korang.

LIST THING TO DO

Setiap hari listkan apa yang kita nak buat. Lepas dah settle kita tick tandanya kita dah settle apa yang kita nak buat. So kalau setiap hari kita kita list dan kita berjaya buat mesti akan lebih bersemangat nak mulakan hari kita. Kalau kita dah biasa buat LTTD, kita akan mula list azam dan impian kita yang lebih besar. Kalau tak percaya try la buat. Dulu aku selalu list dalam buku masa zaman sekolah sekarang pakai phone je. guna checklist sebab ada tempat tick. haha. Lebih kurang checklist azam kita la dalam sehari. At least kita boleh bajet kewangan dan perbelanjaan kita kalau azam kita melibatkan duit.

IMPIAN BOARD

Okay yang ni pun boleh buat. Korang list apa planning yang nak dibuat tak kisahlah dalam seminggu ke sebulan ke setahun ke terpulanglah asalkan list dan tuliskan besar-besar dan lekat dekat tempat yang selalu korang akan tengok dan mudah dilihat la maksudnya. Bila lalu kat situ mesti akan terbaca hari-hari azam kita. Nak kreatif dan tak membosankan korang hiaslah bagi cantik. Deko sikit ke. Baru rasa semangat tengok azam yang dah dilistkan tu. Aku warning dekat orang yang tak suka menampal-nampal macam ni dan dekat orang yang tak boleh tampal apa-apa dekat dinding bilik tu sebab mungkin parent korang tak suka. Maybe cara ni tak sesuai. Aku listkan tapi tak tampal macam ni sebab aku kategori di atas. Tak boleh tampal apa-apa kat bilik dan sebab bilik kami share. Haha. Kalau tampal je kena koyak so tak payah cari pasal. Membazir buat cantik-cantik last kena koyak. Haha. Bagi yang suka lekat poster tu haa better guna cara ni. Sesuai sangat. Poster Kpop boleh pulak lekat penuh dinding, takkan nak lekat azam diri sendiri pun tak boleh. Ye tak? Nak lekat kat mana? Kat dinding boleh, dekat pintu almari baju boleh, dekat meja study boleh ikut sukalah kat mana-mana yang mudah dilihat dan dibaca. Google jer cara nak dekoratif bilik bagi cantik. Nanti dapat la ilham nak hias Impian Board nih.

KATEGORI AZAM ANDA

Yaaa… kategorikan azam anda supaya anda tak pening. Listkan azam anda ikut kategori. Contohnya macam ni,

MELANCONG DAN BERCUTI
Dalam Malaysia:
1. Pulau Pangkor
Explain la detail sikit nak pi buat apa bercuti kat sana.
2. Escape, Penang
3. Gunung Kinabalu

Luar Negara:
1. Korea
2. Australia

KEWANGAN
1. Simpan RM 100 setiap hujung bulan.
2. Beli laptop acer bajet RM 3500.

SEKOLAH
1. Siapkan homework BM.
2. Practice bola sepak.

Bila kita list ikut kategori lebih senang la kita nak planning dan planning kita tu nampak cantik dan tersusun. Tak kisahlah nak tulis dalam buku ke atau list dalam phone/tab atau laptop ke. Terpulang.

PHOTO DREAMS

Haaa photo dreams ni menarik. Cara dia korang guna gambar sebagai impian dan azam korang. Yang ni sesuai bagi manusia yang sukakan gambar atau kurang gemar menulis dengan banyak. Cara ni lebih secretive sikit la sebab hanya korang je faham impian dan azam korang dengan melihat gambar ni. Susunan dan note dia ikut suka macam mana korang nak buat. Macam-macam style yang korang boleh guna untuk susun azam korang guna teknik nih.


Okay yang ni style nak tulis azam sekarang kita cerita pasal HOW to write. Bagaimana kita nak tulis perancangan kita. Kita guna teknik S.M.A.R.T. Rasanya ramai yang dah tahu teknik ni.

S.M.A.R.T

S = Specific
Listkan azam dengan spesifik dan lebih detail. Ceritakan.

M = Measurable
Pastikan azam kita tu boleh diukur dan dinilai. Terutamanya azam yang melibatkan perbelanjaan dan kewangan. Bagi azam yang tak melibatkan duit korang boleh nilai hasil yang korang depat lepas korang dah berjaya laksanakan.

A = Attainable
Pastikan azam yang dirancang itu mampu dicapai dan dilaksanakan. Tak salah nak azam yang tinggi tapi pastikan azam tu dalam kategori impian yang besar. Means boleh je dicapai tapi makan masa lama.

R = Realistic and Relevant
Pastikan azam anda juga realistic dan logic. Bukannya main-main dan dalam mimpi je. Contoh, azam nak beli kereta Ferrari tahun ni sedangkan diri sendiri tak kerja. So, Azam macam ni la dikatakan tak realistik.

T = Time Bound
Setiap azam kita tu pastikan ada tempoh masa dan deadline dia. Contohnya kita berazam dalam tempoh seminggu ke sebulan ked an ditunaikan dalam tempoh masa itu jugak.

Kesimpulannya, walau apa jua yang kita rancang dan azamkan pastikan disertai dengan doa dan usaha. Yang penting kita usaha, doa dan tawakal. Semoga azam anda dan saya dimakbulkan oleh ALLAH. Insha-Allah. Good luck dan jangan lupa try buat sampai berjaya! Ada tips lain boleh share kat comment. TQ

No comments: